Photo by: gadgets360.com
Kuala Lumpur: Para pengguna WhatsApp tidak lama lagi boleh melakukan panggilan video menggunakan semua peralatan Android, iOS dan Windows.
Ciri baru itu dijangka akan dilancarkan dalam "masa beberapa hari akan datang", menurut WhatsApp dalam satu catatan blog hari ini (15 Nov).
Bagi menggunakan ciri baru itu, para pengguna perlu membuka ruang sembang (chat window) WhatsApp dan memicit butang panggilan.
Sebuah kotak dialog akan muncul dan menawarkan pilihan panggilan biasa dan panggilan video.
Beberapa aplikasi lain yang menawarkan panggilan biasa termasuk Facebook Messenger, Skype dan Google Duo. Applikasi FaceTime menawarkan panggilan video bagi semua peralatan iOS.
"Kami mahu menawarkan ciri baru ini kepada semua pengguna, bukan hanya mereka yang mampu membeli telefon baru yang mahal atau tinggal di negara-negara yang mempunyai rangkaian telefon terbaik," tambah catatan itu.
WhatsApp memperkenalkan fungsi panggilan biasa pada 2015.