Berakhirlah Sudah Kedai Besi Buruk, Car Wash dan beberapa Gerai

Kadang-kadang, apa yang kita hendak capai tidak semestinya berjaya. Walaupun hati keci ini kesedihan, admin yakin dengan ujian yang kita tempuhi sebenarnya adalah untuk menaikkan darjat seseorang itu, yang penting sabar dan redha. 

TERIMA KASIH CAR WASH, TERIMA KASIH KEDAI BESI BURUK
itulah ucapan yang terakhir buat premis tersebut.
Sepanjang mereka bertapak disitu telah banyak berjasa kepada penduduk Pantai Dalam.
Mana tidak nya? setiap kali mata kita sakit melihat cemaran yang melekat di tubuh kenderaan kita 
premis itulah juga yang kita cari, hendak cuci sendiri maklumlah masing-masing menetap dirumah kongsi satu bangunan, rumit untuk mendapatkan bekalan air untuk mencuci kereta.

 Tidak lupa juga kepada Kedai Besi buruk, apabila hendak sambut perayaan, masing-masing mengemas rumah, barang lama yang boleh dijadikan duit akan dijual di kedai besi buruk depan Petronas NPE kerana disitu premis yang paling hampir. selesai mengemas, penuhlah satu bonet kenderaan berbondong-bondong membawa barang masing-masing dengan harapan membawa duit yang telah dijual kepada premis tersebut, boleh la buat beli baju raya.
kedua-dua premis ini amat bermakna buat kami yang tinggal di Pantai Dalam.

Admin doakan kita bertemu mereka lagi di lokasi yang lain serta memberi perkhidmatan yang lebih maksimum mungkin.

Gambar dibawah adalah kerja-kerja DBKL sedang merobohkan beberapa premis yang bertapak disitu. 




Perhatian: Ucapan diatas tidak bermaksud hendak melaga-lagakan sesiapa, ini hanya pendapat admin yang selaku insan yang kerdil sekian terima kasih.

Post a Comment

0 Comments