Bazaria Pantai Dalam 01/05/2017- Dikatakan, tengah viral beberapa minggu Kedai Makan Hitam Manis Tomyam Western food, Bazaria mempunyai pekerja thai yang memiliki wajah yang menarik!
Memiliki rupa paras yang menarik adalah satu kunci tarikan yang paling tepat. Sesiapa sahaja tidak kira siapa asalkan kulit halus mulus, pasti akan mendapat perhatian dari sesiapa.
Sekali gus Hitam Manis telah mendahului lain-lain kedai makan di sekitar Bazaria, pandai pemilik memilih pekerja. Menurut sumber yang boleh dipercayai selepas ditemuramah, kedai makan Hitam Manis adalah antara pengujung teramai setiap malam dan juga terkenal dengan nama Hitam Manis bagi penduduk di Pantai Dalam. Pemilik Hitam Manis adalah berasal dari Kedah dan telah lebih 10 tahun berniaga di Pantai Dalam selepas diarah pindah ke Bazaria.
Ingat yer para isteri, suami anda dalam bahaya! 😇
0 Comments