Penduduk Pantai Permai Kurang Peka Menjaga Kebersihan

Pantai Dalam 27/04/17- Salam semua, wah lama betul admin tak ke udara, rindu nyer kat korang semua, apa khabar? admin harap semua berada didalam sihat wal'afiat. Tiga hari lagi kita semua akan menyambut hari Pekerja pada 1 Mei. Setelah beberapa hari admin bertapa tanpa berita, bukan lah bermakna admin sudah meletakkan jawatan sebagai pemberita paling hot di Pantai Dalam hahaha.

KEBERSIHAN
Hari ini admin nak kongsi kepada anda mengenai berapa pentingnya menjaga kebersihan kerana kebersihan melambangkan keperibadian diri sendiri. Setelah admin membuat rondaan 360 di seluruh kawasan perumahan di Pantai Dalam, dan kami mendapati bahawa ada segelintir manusia yang tidak menjaga kebersihan. Membuat sebarang keputusan bukan semudah ABC, kami telah meninjau 1 Pantai Dalam bermula dari Pantai Dalam bawah bahawa kami telah menemui jawapan.

PERUMAHAN PANTAI PERMAI
Memang tidak asing lagi, ramai penduduk di Pantai Dalam mengetahui apartment tersebut adalah bangunan yang masih muda jika dibandingkan dengan Flat Bukit Angkasa. Tinjauan kami untuk laporan kebersihan bulan April, bahawa Perumahan Pantai Permai antara Apartment yang mempunyai penduduk tidak minat untuk menjaga kebersihan. Tempoh hari sewaktu kami membuat tinjauan, kami meneruramah penduduk disitu tentang kebersihan, katanya penduduk disitu gemar membuang sampah dari tingkat atas terus kebawah, antara sampah yang kerap dijumpai sisa putun rokok, pampers wanita serta juga kanak-kanak dan paling popular turut dibaung adalah sisa makanan.




















PERUBAHAN
Penduduk Pantai Permai jika tidak buat perubahan tahun ni, anda pasti akan ketinggalan, cuba menghargai kehidupan alam semula jadi, fikirkan kebaikan didalam menjaga kebersihan. usah menunding jari, sepakat lah bersama-sama pasti ada hikmahnya. Tujuan posting ini bukan untuk menyakiti hati mana-mana pihak, malah untuk sentiasa tegur menegur antara satu sama lain.

Sesungguhnya teguran perlu dilakukan oleh seorang Islam kepada orang Islam yang lain

Dari Abu Sa'id Khudri r.a berkata: " Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang melihat kemungkaran makan rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu makan (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman."









Post a Comment

0 Comments