Bazaria 15/05/17-Masa mula berniaga sudah pasti kebersihan adalah utama bagi peniaga, kalau boleh setiap hari lalat, tikus dan cicak adalah musuh utama dan pasti nya akan aku kejar dan jerat.Tapi bila customer tetap sudah ada setiap malam fullhouse, engkau punya senyum sampai kat Tol NPE, keuntungan tetap dan bersih 10k sebulan, demi mengejar keuntungan semata-mata kebersihan sudah menjadi nombor terakhir dalam kotak fikiran peniaga. jika tikus, lipas dan cicak melintas dihadapan.. dia berkata "biasalah mereka pun nak hidup juga".
Terperanjat boboi apabila mahu mendapat sekali kenyang di kedai makan bazaria paling kurang RM10 seorang.
Tea O Ais RM1.50
Telur Goreng RM1.00
Nasi Kosong RM1.20
Paprik RM6.00
=================
Total RM9.70
=================
Kenapa mahal sangat paprik tu? Lauk sikit sahaja yang kami dapat. Kalau lauk lagi banyak dari hiasan ok lah juga kan? berbaloi dengan apa yang kita bayar.
kali ini kali ke dua kami dihidang dengan rakyat kacang panjang, rakyat bawang besar,rakyat cili dan rakyat carrot. waaaa sedih woooo..
amat menyedihkan sekali bila peniaga tidak menitik berat kepuasan pelanggan. Bahan mentah gred berapa yang anda sediakan? Air minum tu dari tapisan Coway ke? beras yang anda sediakan tu dari jenama Tajmahal? fikirkanlah..
Kami rakyat Malaysia yang bergaji rendah mahu teruskan kehidupan seperti anda. Mohon fikirkan untuk bahagian kami juga. Disekeliling anda hanya rumah kotak bertingkat dan kira-kira sekitar 20 ribu penduduk tetap, bagilah harga lebih kurang sikit kepada penduduk disini.
0 Comments