Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Admin hendak berkongsi sedikit mengenai erti kehidupan yang tidak diberkati, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini, juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNya, Na'uzubillah..
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:
1. Duit banyak, tapi cepat je habis
Tau tau duit pergi mane. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup je. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi semakin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tak siap
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancang.
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langganng.
4. Masa habis dengan sia-sia
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun di akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adalah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda diatas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Aduh, alangkan maang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan sahaja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na'uzubillah.. Salam-sama kita taubat dan memohon taufik hidayah daripada Allah ta'ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.
0 Comments