5 Cara Jimatkan Duit Belanja Harian Anda (((Penting)))

Dengan situasi ekonomi Malaysia yang tengah menjunam sekarang, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap berbelanja. Sebelum bertindak salahkan kerajaan yang memerintah, cuba perhatikan diri sendiri dahulu. Tak ada siapa dapat berubah, kecuali orang itu bertindak mengubah diri sendiri. Korang tengah cari tip nak jimatkan duit?

Tip 1: Pelan makanan harian anda dengan bijak

Pernah anda kira jumlah belanja  harian untuk makan sahaja (sarapan, makan tengahari dan makan malam)?

Setiap hari ramai yang mengadu. Masa "lunch" saja, dah telan kos dekat RM10. Belum lagi campur dengan kos sarapan dan makan malam, silap-silap lebih RM30-RM50 sehari).

Inilah realiti. harga makanan semakin mahal.

Bawa bekal daripada rumah adalah strategi yang boleh kita gunakan untuk berjimat. 

Gambar kredit: www.comparehero.my

Bayangkan, kita boleh berjimat hingga RM50 seminggu, banyak kan? ini terbukti dengan memasak dirumah boleh membantu kita berjimat cermat.

Kalau sebulan boleh simpan RM50 seminggu, berapa banyak kita boleh kumpul?

Selain selamatkan dompet, ia juga dapat menjamin kesihatan kita.

Makanan yang dimasak di rumah lebih bersih dan selamat. Kita boleh dapat kelebihan dalam satu masa. Best tak?

Tip 2: Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan kita

Mungkin tip ini agak leceh untuk kita buat.

Tak semua orang sanggup simpan resit, atau merekod (menulis) setiap perbelanjaan dalam buku nota.

Anda tidak perlu terkejut, setiap perbelanjaan kecil adalah sebab utama yang selalu koyakkan bajet kita.

Cuba perhatikan semula. Adakah kita selalu beli air mineral, kopi, snek seperti gula-gula, atau sebagainya?

Dah cuba jumlahkan kos ini? berapa jumlahnya untuk tempoh sebulan? Dan untuk kes biasa, jumlah ini tak sikit dan mampu kacau kesihatan kewangan kita.

Dengan merekod setiap aktiviti yang melibatkan duit, kita dapat kenalpasti punca duit kita "bocor".

Bila dah kenalpasti punca, kita boleh cipta pelan tindakan dan tampal balik "ketirisan" ini dengan mudah.

Walaupun perkara ini nampak remeh, ia masih ada potensi untuk pengaruhi tahap kesihatan kewangan kita.

Tip 3: Jenama tak terlalu penting

Bukanlah tujuan asal mahu hentam semua barangan yang berjenama. Cuma, cuba kita tumpukan kat barangan isi rumah (toiletries) untuk perkara ini.

Mari kita renung sejenak, kira dan kaji. Berapa banyak duit yang kita habiskan untuk membeli barangan ini setiap bulan?

Kalau nak perbandingan, barangan isi rumah yang tak berjenama dah cukup memadai untuk kita gunakan.

Ia berikan fungsi yang sama, dan kita tak perlu membayar kos tambahan untuk jenama yang terkenal.

Bayangkan. Berapa banyak boleh kita jimatkan apabila membeli barangan isi rumah yang tak berjenama.

Banyak pasaraya keluarkan jenama sendiri untuk barangan isi rumah seperti tisu, pencuci pinggan, sabun basuh baju atau lain-lain barangan isi rumah.

Dan tak perlu terkejut, kadang-kala ia lebih berkualiti berbanding barangan yang berjenama.

Bukan setakat boleh buat kerja rumah macam biasa, malah boleh jimatkan banyak duit kita. Boleh mula menyimpan sikit-sikit daripada tak menyimpan langsung.

Tip 4: Latih diri menahan nafsu berbelanja

Sekarang bukan masa yang sesuai untuk "beli dahulu, fikir kemudian". Kalau buat juga, kesihatan "kewangan" ada potensi untuk jatuh dan merosot.

Keadaan mata wang semasa tak selalu indah belaka. Ada masa ia naik dan ada masa ia turun. Kalau ia sedang sakit, lebih baik kita ubah gaya hidup mengikut keadaan.

Ramai yang tak sanggup ubah gaya hidup secara drastik. Namun, ia lebih baik daripada terus kekalkan gaya hidup terdahulu yang jelas gunakan banyak duit.

Hal ini berkaitan dengan ego diri kita sendiri. Kalau sanggup buat, kita masih ada peluang untuk selamatkan kewangan kita daripada terus merosot.

Kalau tak perlukan sesuatu barangan itu, lebih baik kita tahan nafsu daripada membeli. 

Risau kelak kita sendiri yang rasa rugi, oleh kerana terikut hawa nafsu berbelanja yang langsung tak beri manfaat kepada kita.

Tip 5: Elakkan berbelanja untuk perkara yang tidak perlu

Supaya kita tak hidup tersepit sebelum gaji yang seterusnya, mula belajar mencantas perbelanjaan yang tidak perlu sebagai salah strategi.

Antara contoh yang boleh kita buat seperti:
  • Kurangkan melepak kat luar pada setiap malam,
  • Tidak ke pawagam untuk melihat setiap "movie" yang baru keluar,
  • Kerap memasak dan makan di rumah (daripada beli / makan di kedai)
Selain itu, mula kaji rentak dan gaya perbelanjaan, dan fahami ia sedalam yang boleh.

Beri perhatian pada perkara seperti keahlian gym, pelan internet dan telefon bimbit kita, atau ada perkara yang lain.

Kalau tidak kerap ke gym, potong keahlian ini daripada terus membazir. Kalau ada pelan internet atau telefon bimbit lebih murah dan berbaloi, tidak perlu rasa berdosa untuk tukar.

Janji kita dapat berjimat sebanyak yang mungkin. Lebih banyak yang boleh kita jimat adalah lebih baik.
_

Kalau korang ada tip sendiri, boleh sahaja tambah dan kongsikan kat ruangan komen, lagi ramai yang tahu lagi bagus.

Kalau ambil mudah tentang perkara ini, tak mustahil aliran kewangan anda bakal terganggu secara negatif.

Ekonomi hidup yang baik bermula dengan diri anda sendiri, bukan orang lain. Sekian dari admin semoga anda semua dapat manfaat daripada perkongsian ini.




Post a Comment

0 Comments