Perniagaan ini sesuai untuk mereka yang dibuang kerja, mahasiswa yang menganggur, suri rumah, pemuda lepasan spm. Saya senaraikan menurut pengalaman sendiri dan orang lain. pilihlah mana-mana yang sesuai dengan anda.
1 - Berniaga Buah Potong
Berniaga buah potong mengginakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasa 50%-60% dari modal. Katakan rm1/plastik, harus sasarkan jualan 600 plastik sehari, cari lokasi yang ramai orang 9depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang) paling tidak anda akan dapat RM350 sehari x 30 hari - RM10,500.
2 - Khidmat Potong Rumput
Khidmat potong rumput, guna pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM60. kerja hanya 2 jam sebuah laman, tugas kita hanya perlu angkat iklan dikawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit. Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari RM340 x 30 hari = RM10,200.
3 - Menjual Nasi
Menjual nasi RM40 dikawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran buat iklan facebook untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkud sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, so sehari bersih dalam tangan ialah RM360 x 30 hari = RM10,800.
4 - Menjual Air
Jual air RM1/cawan depan sekolah semasa pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 petang dan sekolah agama pukul 5 hingga 6 petang. menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita dapat RM600 kasal. Rata-rata penjual air bagitahu margin untung bersih jual air ini sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat RM480 x 21 hari persekolahan sebulan = RM10,800.
5 - Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4x seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga RM2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan RM800x4 seminggu x 4 minggu sebulan = jualan kasar RM12,800 tolak modal 20% (RM2,5600) = RM10,240.
6 - Agent Jualan Produk
Jadi agent jualan produk, pilih yang laku keras bulan itu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi RM50/item,sehari letak kos iklan RM80, push sale sekurang-kurang 11 item close deal, setiap hari akan ada orang bank in sebanyak RM550, tolak kos harian iklan RM80 dan bayaran pos RM110 = bersih RM360 x 30 hari RM10,800
Ada banyak lagi perniagaan yang memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi cukuplah 6 jenis ni dahulu. yang mane nak tambah anda dipersilakan turunkan diruangan komen dibawah.
0 Comments