Photo kredit: https://erezeki.my
ada ke sesiapa dikalangan pembaca yang bekerja sebagai penghantar dokumen, makanan atau barang? pernah tak anda buat pemeriksaan di hospital atau klinik mengenai tahap kesihatan anda?
jika seumur hidup tidak pernah melakukannya, ambil la sehari dalam setahun untuk membuat pemeriksaan penuh diri anda. Kalau pergi ke klinik kerajaan hanya bayar RM1 sahaja. murah kan?
Berbalik pada kerja despatch, crew kami pagi tadi lepak di "Pelita" Bangsar tengah-tengah lepak ada 3 orang lelaki tak tahu dari mana arahnya, duduk berhadapan dengan crew kami.. Bila kami tanya,"dari mana?" jawab mereka, "dari Klang, hantar barang", tanya lagi, "office kat mane bro?", mereka menjawab "office di Ampang", dalam hati kami, bapak jauuuh dowh.. rancak punya bersembang, akhir nya dah seperti lama kenal.
Panjang kami bersembang, point yang kami dapat kongsikan bersama pembaca adalah, brother penghantar barang tersebut bagitahu, sehari mereka hantar barang dan mencapai bilangan langkah lebih 20 ribu langkah. Tak banyak ko?
Cuba anda bayangkan, sehari disarankan untuk mendapat 10 ribu langkah sudah cukup dapat membantu anda kearah lebih sihat dan cergas, apatah yang brother tadi melebihi 20 ribu langkah. Jika 10 ribu langkah akan membakar 200 kalori dalam sehari. hebat kan? cuma satu je kalau korang boleh tahan, mat despatch yang tegar bau badan dia memang gempak sikit la, memang gengster betul bau dia.. mane tak nye. bekerja dalam cuaca panas, bau badan dah jadi normal kepada bro bro despatch. haha.
mungkin pembaca yang tinggal di Pantai Dalam, yang bekerja dalam bidang yang aktif, boleh la berkongi bersama kami diruang komen. Pihak kami juga mendoakan agar brother-brother penghantar dokumen agar selamat berada di atas jalanraya.
P/s: admin bangsa dengan penghantar surat satu Malaysia!
0 Comments