Bazaria 29/06/17 - "ROTI JOHN 79"
Roti John adalah sejenis roti omelette yg sangat-sangat popular di Singapore, Malaysia dan Brunei. Diperbuat daripada daging cincang, bawang, telur dan beberapa sos perisa. Masa yang diambil hanya kurang 5 minit di dalam kuali.
Roti John 79
Sepadan dengan nama trademark ''Meleleh Sampai Ketagih'' roti john 79 ini berjaya menambat hati para pembeli yang datang bukan sahaja yang tinggal di Pantai Dalam, bahkan juga dari luar kawasan.
Walaupun terpaksa menunggu lama, pengunjung sanggup untuk beratur panjang menunggu agar tidak ketinggalan menikmati roti john yang enak untuk dijadikan juadah berbuka.
100%
Jaminan 100%, roti john ini tidak mengecewakan bagi anda yang pertama kali merasa keenakan roti john yang sememangnya mencukupi tekak anda. haha
Bagi anda yang ingin mencuba roti john ini, pastikan datang awal dan jangan tersilap gerai yer hehe
serius roti john 79 memang sedap!
0 Comments