Restoran Munah PKNS Kerinchi

Source Google
Kedai makan yang mesti anda cuba walaupun sekali. Kedai makan Restoran Munah di kenali sebagai Mak Jah ataupun Kak Zah lokasinya adalah bersebelahan dengan Kerinchi Gateway Mall, dari pandangan atas, kedai Kak Zah berada di sisi kiri Gateway Mall. Jangan korang risau, admin dah siap sediakan panduan maps untuk korang dibawah! 

Apa yang special disini? kat sini tiada apa yang special, masakan ala-ala kampung je, tapi bila datang sekali, pasti nak singgah lagi, apa tidak nya, harga jualan pula tidaklah mahal, lebih-lebih lagi pada zaman GST ni, semua keadaan kena di kira dengan rapi.



Antara menu yang cepat abis, gulai ketam. Kalau korang sampai lewat makan kuah aje lah! haha
esok korang datang rasa, kalau sedap jangan lupa share! scroll ke bawah untuk melihat lebih menu yang disediakan.









Kak Zah nak pergi mana tu? delivery yer? 
Rata-rata pengunjung setia adalah dari kalangan pekerja Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia dan University Malaysia. Setakat ini admin tiada apa yang hendak complain mengenai masakan Kak Zah ni.. masih dalam kategori Tip Top..









Admin sangat rekemen jika korang mencari kedai yang harga makanan yang berbaloi dan bersih. 
Waktu beroperasi: setiap hari kecuali sabtu dan ahad 8 pagi hingga 2 petang

Post a Comment

3 Comments