Apa khabar warga Pantai Dalam, semoga berada dalam keadaan sihat bersama keluarga tercinta. Terima kasih tidak terhingga kerana sudi menjengguk blog ini walaupun sebulan sekali hehe, tak kesah lah, asalkan anda sudi bertapak seketika. Hari ni min nak share cara bagaimana kucing terbiar datang ke rumah anda dengan niat suci untuk melepas/melabur.
bahan-bahan:
1 botol berisi air paip
1 sudu sirap
caranya, masukkan satu sudu sirap ke dalam botol berisi air paip, tutup botol itu dan goncang sehingga sebati. taraaaaaa, siap sudah.. buat seberapa banyak yang anda mahu, kemudian letakkan di tempat yang selalu kucing berak, pastikan tempat tersebut (kawasan kucing berak) sudah dicuci bersih kemudian letak sebotol di tempat tersebut.
0 Comments