Sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Kampung Medan dan tiba-tiba terasa lapar, kini terdapat satu pilihan tempat makan yang amat murah harganya. Bulan March admin buat rondaan di Taman Medan, ternampak gerai dengan dikerumuni orang ramai dalam hati apa yang best tu sehingga ramai yang beratur disitu. Tanpa memikir panjang admin perlahan kenderaan dan singgah di gerai ini. Kebetulan perut memberi isyarat, tanpa melengahkan masa admin terus order nasi lemak lauk sotong, paru dan begedil dan nasi dua mangkuk dengan harga RM6 sahaja ambik kau, betul-betul makan ni. haha, satu lagi air minuman free. Bukan sahaja nasi lemak yang disediakan, nasi putih juga disediakan disini, pendek kata semua jenis masakan ada disini.
Orang Pantai Dalam wajib cuba singgah ke sini. anda boleh scroll ke bawah untuk dapatkan lokasi
Mulai Beroperasi: 7.00pm - 12.00am
Depan 99 SpeedMart (Jalan PJS 1/12)
0 Comments