Kisah bercuti ke Pulau Tioman bersama Wan Pulau Tioman - Terbaik dan Rekemen


Pakej Percutian ke Pulau Tioman 2020 - By Wan Pulau Tioman

Bila kita ingin berbicara tentang pengalaman bercuti, pasti tidak cukup dengan segelas air. mana tidak, nak kupas cerita dari mula kita bertolak, sehingga pulang ke halaman rumah sangat panjang lebar haha betul tak? kerana tersangat banyak pengalaman yang kita harungi sepanjang percutian kita

Baiklah, hari ini admin nak share kepada para pembaca tentang pengalaman bercuti ke Pulau Tioman pada tahun 2017. Sebelum ini admin pernah ke Pulau Tioman 2 tahun tahun lepas, boleh rujuk link dibawah https://www.orangpantaidalam.com/2017/03/pakej-percutian-pulau-tioman-murah.html

Pulau Tioman, mempunyai lebih 5 kampung yang aktif dilawati pelancong, antara yang popular di kalangan anak muda adalah di Kampung Salang, Kampung Juara dan Kampung Genting. Walaubagaimana sekali pun admin tidak nyatakan disini bukanlah bermaksud tidak popular. Setiap kampung di Pulau Tioman mempunyai kelebihan tersendiri. admin nyatakan nama-nama setiap kampung di Pulau Tioman

Nama Kampung di Pulau Tioman
  1. Kampung Genting
  2. Kampung Paya
  3. Kampung Tekek
  4. Kampung Air Batang
  5. Kampung Panuba
  6. Kampung Salang
  7. Kampung Juara
  8. Kampung Mukut
Ada dua jetty penghubung antara darat dan Pulau Tioman
  1. Jetty Tanjung Gemok
  2. Jetty Mersing
Jetty Tanjung Gemok: Jetty Tanjung Gemok terletak di Rompin, Pahang. Kebiasaanya yang akan naik dari Rompin adalah mereka yang dari Kuantan, Terengganu dan Kelantan 
  1. Kuantan - Tanjung Gemok (2 jam)
  2. Kota Bharu - Tanjung Gemok (6 jam)
  3. Kuala Terengganu - Tanjung Gemok (4 jam)
Jetty Mersing: Jetty Mersing terletak di Mersing, Johor. Kebiasaanya mereka yang tinggal di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur akan menaiki ferry dari Jertty Mersing.
  1. Johor Bharu - Mersing (2 jam)
  2. Melaka - Mersing (3 jam)
  3. Negeri Sembilan - Mersing (3 jam 30 minit)
  4. Kuala Lumpur - Mersing (4 jam 30 minit)
Mereka yang dari utara seperti Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis kebiasaannya akan menggunakan Highway PLUS dan terus ke Exit 244 Ayer Hitam.

Parking Kereta



Mersing Jetty: Parking kereta di Mersing paling popular adalah Rawa Reception dan Majlis Perbandaran, lain-lain parking di kediaman rumah penduduk di bandar Mersing. Harga parking di kedua-dua tempat ini harga RM15/day untuk sebiji kenderaan. Untuk parking di halaman rumah harga dalam RM10-RM12/day untuk sebiji kenderaan. Bagi mereka yang datang dengan motorsikal boleh letakkan di dalam kawasan jetty terminal tiada cas dikenakan.

Tanjung Gemok: Parking di Tanjung Gemok biasanya pelancong akan meletakkan di dalam kawasan jetty tersebut, harga RM12/day bagi sebiji kenderaan. di tepi kawasan jetty harga RM10/day untuk sebuah kenderaan.

Tiket Ferry Mersing ke Pulau Tioman
ada dua cara untuk membeli tiket ferry ke Pulau Tioman, boleh rujuk dibawah.

Pembelian tiket ferry boleh membeli sama ada di kaunter ferry W1  atau boleh hubungi wakil / agent jualan tiket tersebut, kebiasaannya tiket ferry akan cepat habis dijual untuk hari minggu, cuti sekolah atau cuti umum kecuali pada hari kerja. Trip percutian admin 2 tahun lepas, kami dapatkan tiket daripada wakil tiket sahaja. benda boleh mudah, buat apa nak susahkan betul tak!

Pasti ada yang nak tahu, kenapa pilih Wan Pulau Tioman?
Sebelum kita ingin berurus niaga admin kebiasaannya akan check di google dahulu, tengok review dari pengguna lain. contohnya cari facebook Wan Pulau Tioman tu, lepastu tengok dibahagian review. bukan apa, benda macam ni perlu kita menitik berat agar tidak kecewa betul tak?

boleh rujuk disini customer dia buat review https://www.facebook.com/pg/wanpulautioman/reviews/?ref=page_internal 

So far Wan Pulau Tioman bagi admin adalah salah seorang yang jujur didalam pekerjaan. Tanpa fikir panjang admin terus wassap tepi sahajalah.

Haritu Bercuti Di Kampung Genting, Pulau Tioman

Percutian kali pertama 2 tahun lepas admin memilih Kampung Genting sebagai destinasi percutian 3 hari 2 malam di Pulau Tioman. Penginapan di Island Reef Resort bukan calang lagi tempat nya. Resort diatas bukit. anda bayangkan kita memandang laut dari atas, menarik kan? Sebab tu admin memilih Island Reef Resort. kondisi bilik admin bagi 6/10. Berbaloi dengan harga pakej RM310 seorang, tempat lain memang tiada, sudah puas admin servay!

Hari Pertama

Hari pertama sampai di Mersing, admin ambil tiket dan buat pendaftaran ferry dahulu, lepas tu bersiap sedia di jetty. Boarding pass dipanggil terus masuk dalam ferry, tunggu beberapa minit terus bertolak. Perjalanan mengambil 1 jam 30 minit untuk sampai di Kampung Genting, puas juga dalam ferry tak tahu nak buat apa! haha

1 jam 30 minit berlalu, sampailah kami di jeti tersebut. keluar ferry terus ada penyambut tunggu di jeti tu. dia bawa kami naik ke resort, tunggu 10 minit mereka memberi kunci bilik, okey terus check in saja, tidak perlu tunggu jam 2ptg haha

Hari pertama kalau tengok dalam itinerary tiada aktiviti, so admin buat keputusan pergi trekking ke Kampung Paya, perjalanan kami untuk ke sana 1 jam, wah! mcm jauh kan? sebenarnya sibuk trekking sambil ambil gambar tup tap terus sampai haha. Sampai di Kampung Paya jam 3 petang, minum dulu kat kedai sini sebelum bertolak balik.. Kampung Paya ni lawa juga sama macam kampung Genting.

Dipendekkan cerita

Sampai lah kami ke resort kembali pada jam 6.30pm lebih kurang macam tu. kami buat keputusan untuk mandi dulu di depan pantai sebelum naik ke bilik. Lepas siap semua jam menunjukkan 7.30pm, kami keluar bilik dan terus ke dewan makan (restaurant). Kami kalau makan mmg lambat, sebab sibuk duk ambil gambar selfie haha, share gambar aktiviti harian sewaktu trekking kat group wassap kerja haha. Selepas penat dengan trekking dan aktiviti renang kami pun tidur.

Hari Kedua

Bangun pagi jam 6am, mandi dulu, mujur dalam bilik ada shower water heater, takdelah rasa kesejukan sangat. tepat jam 7.30am kami keluar bilik dan berjalan ke dewan makan, menu disini sedap-sedap, pandai orang pulau masak. serius sedap! korang mesti try!
penat kami bergambar, tibalah masanya untuk aktiviti snorkeling. wow tak sabar weah!
kami bertolak dari jeti resort jam 9am, kami dibawa stop pertama di Rengis Island, wow cantik dan clear nampak coral kat bawah. mujur waktu kami pergi tak hujan so air tenang bagai!

Lepas puas di Pulau Rengis kami ke Marine Park pulak, aduhai kat sini ikan besar-besar dan pelbagai jenis ikan yang boleh kami tengok. jangan cakaplah ikan kat sini semua jinak haha. tapi ingat anda dilarang menangkap! jangan sesekali tangkap, kerana ikan ini dibawah jagaan jabatan laut. Lama juga kami disini lepastu pekerja resort berikan kami makanan tengahari, kami beramai-ramai menikmati hidangan di depan pantai, makan je weah asalkan anda menjaga kebersihan!  haha

Penat weah snorkeling! admin dah tak nak snorkeling lg,cukuplah 2 point. kita bukan mat salleh nak byk point kan? haha

selepas selesai makan, kami naik bot dan pergi ke Duty Free Shop, masa untuk habiskan duit!!

ada apa kat sana? sebenarnya duty free Pulau Tioman kecil aje, takde lah sebesar Pulau Langkawi punya. Jangan risau, sana coklat murah. haha anda belilah coklat yang anda suka asalkan jangan sampai habis duit untuk guna beli benda lain pulak. Staff resort bagi kami 1 jam untuk berada di duty free Tioman. Lepas siap membeli kami pun pulang ke chalet kami, waktu tu kami di di resort jam 3 petang

Masa kami berjalan di jeti menuju resort, kami dah nampak katil haha letih yang amat..
                                      ZZZZZzzzzZZZZZZzzzzzZZZZZZzzzz 

7.30 mlm kami bersiap dan keluar bilik, terus ke dewan makan, kami dihidangkan makan bbq tau, penat snorkeling siang hari, dapat bbq aduhai nikmat yang amat. BBQ yang resort sediakan sangat mencukupi citarasa admin, ikan bakar, sosej, sotong dan kepak ayam. sedap betul dan menyelerakan betul. sambil makan kami tengok tv haha, sape suruh buka tv kan.. haha.. selesai makan kami jalan-jalan di sepanjang pantai sambil naik basikal, dengan lampu basikal nya takde mujur tak masuk longkang hahaha

Hari Ketiga

Hari ketiga feri kami jam 9 pagi so tak banyak aktiviti yang dapat admin buat, hanya sarapan pagi dan tunggu feri sampai. tepat jam 8.30am feri yang hendak ke Mersing sudah sampai kami pun naik. 

Sekian dahulu cerita manis admin buat tontonan semua. Terima kasih semua pembaca

Kepada tuan puan yang ingin mendapatkan harga pakej bercuti ke Pulau Tioman, admin rekemen untuk ambil pakej bersama Wan Pulau Tioman, sangat rekemen! seorang yang jujur dan bertanggungjawab.

https://www.instagram.com/wanpulautioman/
https://twitter.com/wanpulautioman
https://www.facebook.com/wanpulautioman/


Post a Comment

0 Comments