Kempen Derma Darah - 08 September 2019 @ Perumahan Pantai Permai

Pagi tadi saya di Surau An-Nur Hidayah, Pantai Permai untuk program Derma Darah anjuran Persatuan Wanita Berdaya Cergas & Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia.
Statistik dari Pusat Darah Negara menunjukkan setiap hari kita memerlukan lebih kurang 2,000 paket untuk kegunaan pesakit yang terlibat kemalangan, pendarahan semasa bersalin dan keperluan-keperluan lain.
Saya galakkan agar anda menderma darah jika memenuhi kriteria agar kita sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang memerlukan, selain dari memastikan simpanan darah di negara kita mencukupi.








source: Fahmi Fadzil

Post a Comment

0 Comments