Sebagai salah satu cara membantu rakyat mendapatkan duit untuk menampung keperluan asas semasa zaman kegawatan akibat COVID-19, kerajaan telah membenarkan pengeluaran i-Lestari KWSP daripada Akaun 2 KWSP masing-masing.
Jumlah yang dibenarkan adalah daripada RM50 hingga maksimum RM500 setiap bulan, bergantung kepada baki yang terdapat dalam akaun 2 masing-masing selama tempoh 12 bulan bermula April 2020 hingga Mac 2021.
Jadi, kalau buat pengeluaran i-Lestari setiap bulan sebanyak RM500 selama 12 bulan, maka jumlah yang dikeluarkan adalah RM6000
Pegeluaran ini adalah layak kepada semua yang berikut:
- Warganegara Malaysia, pemastautin tetap dan bukan warganegara Malaysia
- Berumur dibawah 55 tahun: dan
- Mempunyai baki simpanan didalam Akaun 2
Permohonan pengeluaran yang dibuat, diterima dan disahkan sebelum akhir setiap bulan, akan dibayar pada bulan seterusnya.
Contohnya, jika permohonan dibuat, diterima dan disahkan pada bulan April 2020, maka bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020.
Permohonan juga hanya perlu dibuat sekali sahaja dan akan automatik berulang setiap bulan.
Maksudnya, jika permohonan dibuat pada April 2020, maka bayaran pertama akan diterima pada Mei 2020 sehingga 12 bulan seterusnya dan terakhir pada April 2021.
Jika permohonan mula dibuat pada Jun 2020, bayaran pertama akan dibuat pada Julai sehinggalah terakhir pada April 2021.
dibawah adalah cara-cara membuat pengeluaran menggunakan telefon bimbit anda, tekan link ini https://ilestari.kwsp.gov.my/
1. Tekan pada "Permohonan Baru"
2. Isi semua maklumat yang diminta dengan betul dan tepat
3. Akhir sekali terpapar "Terima Kasih. Permohonan anda (No. MyKad xxxxxx-xx-xxxx) telah berjaya dihantar."
Diharapkan agar perkongsian cara memohon i-Lestari KWSP ini dapat memudahkan urusan keluarga anda.
Nanti, kalau dah dapat keluarkan duit tersebut, berbelanjalah secara berhemah.
Utamakan untuk keperluan asas berbanding diboroskan kepada perkara-perkara yang tak perlu.
Sampai di sini sahaja, semoga bermanfaat!
p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.
0 Comments