4 Cara Nak Tahu Pasangan Kita Curang Dengan Kita



Percintaan adalah satu perkara yang sangat indah dalam hidup kita. Kita pasti mahu
mencipta memori yang indah bersama dengan pasangan kita. Sudah tentulah setiap
dari kita mahukan hubungan yang kekal lama

Macam Mana Hendak Mengetahui Pasangan Kita Curang Dengan Kita??

Tetapi timbul pula persoalan, bagaimana nak tahu kalau kekasih kita seorang yang
setia atau tidak? Jom admin kongsikan dengan anda cara nak tahu boyfriend kita
curang atau tidak? Caranya ialah:

1-Cara yang pertama untuk mengetahui pasangan anda curang atau tidak ialah dia mula
berubah sikap secara tiba-tiba. Biasanya, dia akan melayan kita secara secara
dingin berbanding waktu mula-mula bercinta kerana dia sedang mempunyai orang
lain di dalam hatinya.

2-. Jika sebelum ini dia lebih suka berkongsi aktiviti harian dia dengan anda dan
tidak marah jika anda selalu tanya mengenai aktivitinya. Tetapi jika dia marah anda
bertanya mengenai aktivitinya, ada kemungkinan dia sebenarnya sedang
menyembunyikan sesuatu dengan anda

3- Satu lagi cara untuk anda tahu pasangan anda curang atau tidak ialah dia akan
menggunakan telefon secara sorok-sorok dan akan menjawab panggilan jauh dari
anda. Selain itu, dia akan menjadi seorang yang langsung tidak boleh berenggang
dengan telefon walaupun dia sedang keluar dating dengan anda. Bukan itu sahaja,
si dia juga akan tersengih-sengih apabila melihat telefon dan tidak melayan anda

4- Cara terakhir yang boleh kita tahu pasangan kita curang ialah dengan kita adalah dia
akan menjadi seorang yang kurang romantik berbeza sewaktu mula-mula bercinta
dahulu. Malah, dia akan menjadi seorang yang pemarah dan tidak melayan anda.
Kesimpulanya, ada banyak lagi cara untuk kita tahu sama ada pasangan kita seorang yang
curang atau tidak. Cara yang admin bagi tahu ini adalah sebagai perkongsian
sahaja. Namun jika berlaku seperti ini, masih ada masa untuk anda perbaiki
hubungan percintaan anda dengan pasangan yang sedang bermasalah supaya pasangan anda
tidak terus curang di belakang anda.

Post a Comment

1 Comments