Namun begitu, dalam kita merasa gembira masih ada mereka yang kurang bernasib baik di luar sana. “Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul” Itulah yang dihadapi oleh Puan Lily Suhana ini.
Siapa sangka dalam kegembiraan Puan Lily Suhana anak dia membesar sama seperti kanak-kanak lain, keluarganya di uji dengan anaknya Hasif yang tiba-tiba jatuh sakit.
Hasif yang dahulunya seorang yang ceria dan aktif mula menjadi seorang yang hilang keupayaan diri dia sendiri. Dalam erti kata lain dia mula menjadi lumpuh dan tidak mampu menguruskan dirinya sendiri. Bukan itu sahaja, Hasif juga tidak boleh kembali aktif sama seperti kana-kanak yang lain kerana tidak boleh bergerak mahu pun bercakap.
Adik Hasif Masih Mampu Tersenyum Walaupun Sedang Sakit
Apa yang membuat admin merasa kagum ialah, walaupun sedang jatuh sakit, adik Hasif tidak pernah lekang dengan dengan senyuman. Dari senyuman itu menunjukan adik Hasif ini seorang yang kuat semangat, tabah dan cekal dalam menghadapai ujian yang sedang melanda.
Anda mungkin mencari
Asal usul Pantai Dalam
Lokasi terbaik untuk bawa keluarga bercuti
Bagi mereka yang tinggal di sekitar Pandai Dalam, anda mungkin mengenali adik Hasif ini kerana dahulunya dia dan keluarganya pernah tinggal di Apartment Putra Ria, Jalan Bangsar.
Adik Hasif menghadapi masalah lumpuh sejak setahun yang lalu. Semenjak dari itu, ibunya iaitu Puan Lily Suhana dan keluarganya, yang membantu dia menguruskan dirinya.
Puan Lily Suhana Seorang Ibu Yang Kuat Semangat
Admin kagum dengan semangat yang ada pada Puan Lily Suhana. Setiap posting dalam media sosialnya langsung tidak menunjukan dia seorang yang berputus asa walaupun dia terpaksa berulang alik membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital.
Kalau di lihat pada setiap postingnya di facebook peribadinya iaitu di https://www.facebook.com/lily.lotus, langsung tidak menunjukan dia seorang yang berputus asa. Malah dia sentiasa berfikiran positif dan sentiasa percaya anaknya ada peluang untuk sembuh.
Secara tidak langsung menunjukkan dia seorang yang sangat kuat semangat dan tidak berputus asa.
Untuk mendapatkan rawatan bagi anaknya Puan Lily Suhana memerlukan perbelanjaan yang sangat besar. Terutama sekali kos rawatan physioterapy anaknya dan ia di luar dari kemampuanya. Justeru, dia memerlukan bantuan kewangan untuk terus menghantar anaknya mendapatkan rawatan supaya anaknya cepat sembuh dan boleh berjalan seperti sedia-kala sama seperti kanak-kanak yang lain.
Bagi yang mahu menghulurkan bantuan, boleh salurkan bantuan ke no akaun dibawah atau terus hubungi Puan Lily Suhana di 0196224543 atau Facebooknya https://www.facebook.com/lily.lotus
2 Comments
Semoga adik kembali sembuh insyaAllah
ReplyDeletesesiapa boleh bg lokasi rumah adik hasif?
ReplyDelete