Asal Usul Pantai Dalam

Pantai Dalam dikatakan mendapat namanya daripada Kampung Pam Thai Dalam, terletak di pusat Pantai yang sebelum ini dikenali ramai untuk loji rawatan pembetungan. Loji-loji di Pantai Dalam sehingga kini masih beroperasi dengan menyediakan perkhidmatan pembetungan kepada hampir 1.8 juta pengguna.

Ada juga cerita yang mengatakan bahawa Pantai Dalam mendapat namanya sempena Sungai Pantai. Sungai Pantai merupakan sebuah sungai yang kecil yang berasal dari Sungai Kelang. Sungai Kelang ini pula bermula daripada kawasan Midvalley sehingga ke Universiti Malaya. Kini, ia merupakan sebuah kawasan perumahan di sebelah barat daya Kuala Lumpur.

Jumlah penduduknya pula merangkumi dalam seratus ribu orang yang terdiri daripada majoriti orang Melayu merangkumi 49%, diikuti dengan 32% kaum India dan 19% kaum Cina. Pantai Dalam dihubungkan berdekatan Lembah Klang melalui akses Lebuhraya Persekutuan dan juga Lebuhraya Baru Pantai. Pantai Dalam dikatakan dibuka pada sekitar 1970-an. Kini, generasi muda menggelar Pantai Dalam sebagai Bangsar South.

Apa yang menariknya di Pantai Dalam ialah pelbagai tempat-tempat makanan yang menarik dan terkenal yang sentiasa dikunjungi oleh orang tempatan mahupun orang luar yang berkunjung ke Pantai Dalam.

anda mungkin mencari
Tips bertemu jodoh dengan orang dekat
Cara nak tahu pasangan kita curang

Antara makanan best di Pantai Dalam ialah gulai kawah, masakan tempoyak ikan patin, ayam golek, roti jala dan juga pelbagai masakan western seperti steak dan chicken chop yang mesti dicuba. Jarak Pantai Dalam ke pusat bandar adalah dalam turun kilometer, dalam lingkungan 10 minit.

Antara restoran yang terkenal ialah Restoran Nasi Ayam Pak Yop Tip Top. Ia pada asalnya merupakan sebuah warung yang dibina 16 tahun yang lalu. Restoran ini terkenal dengan Nasi Ayam Sambal meleleh dan Nasi briyani Batu Pahat. Selain itu, terdapat Restoran Ayam Golek Lima Bintang yang terletak di Jalan Pantai Dalam Dan terkenal dengan hidangan ayam golek bersama rempah ratus yang istimewa.

Pantai Dalam mempunyai akses yang mudah dengan adanya pelbagai pilihan pengangkutan awam seperti bas Rapid KL, KTM Komuter dan juga LRT. 

Pantai Dalam terdiri daripada pelbagai kawasan-kawasan kejiranan yang lebih kecil seperti The Park Residences, Pantai Hillpark, PPR Kerinchi, Taman Bukit Angkasa, Pantai Baru dan Kampung Pasir.

Post a Comment

1 Comments