5 Tips Hendak Bertemu Jodoh Dengan Mereka Yang Tinggal Berdekatan Dengan Kita

Perkara yang sangat menggembirakan dalam hidup kita apabila kita bertemu jodoh dengan seseorang yang kita jatuh cinta. Pada waktu admin yakin, masing-masing akan mula merancang untuk membina hari bahagia dengan orang yang di cintai. Bila sebut mengenai jodoh, kita tidak tahu siapakah jodoh kita, mungkin ada yang jauh dan ada yang berdekatan dengan kita. Malah, ada yang minat untuk bertemu jodoh dengan mereka yang tinggal jauh tapi ada juga yang suka mencari pasangan yang tinggal berdekatan.

 Ada Beberapa Tips Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Bertemu Jodoh Dengan mereka Yang Tinggal Di Kawasan Sekitar Kita

Tapi timbul pula persoalan, macam mana hendak bertemu jodoh dengan orang yang tinggal berdekatan dengan kita??. Sebenarnya, ada beberapa tips yang boleh kita gunakan untuk bertemu jodoh dengan si dia yang tinggal berdekatan dengan kita. Antara tipnya ialah:

1-    Berkenalan Dengan Si Dia Dahulu

Jika anda berkenan dengan si dia, jangan terburu-buru untuk terus ajak berkehawin. Sebaliknya, berkenalan dengan si dia terlebih dahulu. Walaupun si dia tinggal berdekatan dengan tempat tinggal anda, itu tidak bermakna anda boleh sesuka hati mengajak dia berkahwin begitu sahaja. Walaupun tinggal berdekatan itu tidak bermakna anda betul-betul mengenali si dia. Malah, si dia juga akan merasa rimas jika anda secara tiba-tiba ajak berkahwin.

2-    Ketahui Minat Si Dia Terlebih Dahulu

Nak pikat hati si dia?? Senang sahaja, dalam proses perkenalan itu, anda boleh juga tanya apa minat si dia.  Apabila anda tahu minat si dia, anda boleh memberikan dia hadiah ataupumelakukan hobi yang dia minati bersama-sama. Secara tidak langsung akan membuatkan si dia jatuh cinta dengan anda dan terpikat dengan anda. Mana tidaknya, si dia akan menyangkakan anda seorang yang mengambil berat mengenai diri dia.

3-    Cuba Pikat Hati Kedua Ibu Bapanya

Jika si dia yang anda berkenan tinggal bersama dengan ibu bapa, anda boleh memikat hati kedua ibu bapanya dahulu. Ini kerana, jika anda berjaya memikat hati kedua ibu bapanya, mungkin si dia akan berkenan dengan anda. Dia akan beranggapan yang anda ini adalah seorang yang menghormati orang tua dan mempunyai adab sopan

4-    Tunjukkan Sikap Yang Elok

Walaupun si dia tinggal berdekatan dengan kita, itu tidak bermakna kita boleh sesuka hati mengamalkan sikap yang tidak elok apabila hendak berkenalan dengan kita. Tinggal berdekatan bukanlah bermakna si dia akan terus memilih anda. Dia akan menilai dahulu sikap anda dan mengenali dahulu sikap anda. Dari situlah dia akan melihat sama ada anda seorang yang benar-benar layak untuk menjadi pasangan dia atau tidak. Jadi, jika hendak si dia jatuh cinta dengan anda, anda juga perlulah menunjukan sikap elok dengan si dia.

5-    Rajinkan Diri Menyertai Program Kemasyarakatan

Satu lagi tips yang boleh anda gunakan ialah dengan rajinkan diri menyertai program kemasyarakatan di tempat anda. Ini juga, salah satu cara untuk anda mencari jodoh atau bakal pasangan hidup yang anda berkenan. Dari sini juga anda dapat berkenalan dengan si dia dan keluarganya dengan lebih rapat. Manalah tahu kalau tiba-tiba si dia boleh jatuh cinta pandang pertama dengan anda.

Kita Perlu Berusaha Mencari Jodoh Yang Terbaik Buat Diri Anda Kesimpulanya, untuk mencari jodoh yang terbaik ia perlu bermula dari diri kita sendiri. Jika kita tidak berusaha mencarinya, sukar untuk kita bertemu jodoh. Dalam pada masa yang sama sentiasa berdoa supaya kita dapat bertemu jodoh yang terbaik.

Post a Comment

1 Comments

  1. Semoga saya dapat jodoh yang baik-baik.. doakan saya yer admin

    ReplyDelete