Nak Bercuti Sambil Rehatkan Minda? Jom Kita Ke Pulau Tioman.

Sebut saja Pulau Tioman, pasti anda terbayang air lautnya yang biru lagi jernih serta angin pantai yang nyaman. Yang akan buat anda teruja, apabila berpeluang bersnorkeling sambil cuci mata melihat hidupan bawah laut seperti ikan-ikan dan terumbu karangnya yang cantik-cantik. Dan, lebih bertuah lagi kalau kena musimnya (Febuari hingga Oktober) anda akan dapat melihat sendiri proses bertelur penyu- penyu yang singgah mendarat di perairan Pulau Tioman.

Di sebalik keindahan pulau ini yang menjadi tarikan pelancong ke sini, ada rahsia yang mungkin ada antara kita yang tak tahu. Pulau Tioman dikatakan asalnya seekor naga. Menurut cerita orang lama, dalam perjalanan seekor naga betina merentasi perairan Mersing, naga tersebut telah tersangkut pada sebuah bubu lalu terkena sumpahan, kemudian bertukar menjadi sebuah pulau, iaitu Pulau Tioman yang kelihatan seperti dua ‘tanduk’ di Gunung Nenek Semekut dan Batu Sirau.

Pulau Tioman terletak di Negeri Pahang. Namun, ramai juga orang yang keliru dan menganggap pulau pulau ini terletak di Mersing, Johor. Pulau yang keluasannya sejauh 32 km dari pantai barat negeri Pahang dan berukuran 20 km panjang serta 12km lebar ini boleh dikunjungi melalui jalan laut iaitu menaiki Feri melalui Jeti Mersing dan juga Jeti Tanjong Gemuk, Kuala Rompin. 

Pulau yang kaya dengan khazanah alam semula jadi ini terdiri daripada tujuh buah kampung. Pertama, Kampung Tekek yang terletak dibahagian utara pulau  merupakan kampung yang paling besar serta ramai penduduknya. Kedua, Kampung Paya, sebuah perkampungan kecil dan kedudukan pantainya terletak di bahagian barat Pulau Tioman. Nama kampung ini dinamakan sempena paya bakau yang disebut "paya" dalam bahasa tempatan.

Selain itu, Kampung Genting yang merupakan salah satu perkampungan yang berpenduduk di Pulau Tioman ini. Terdapat juga Kampung Mukut, antara kampung yang terkenal dengan mercu tanda Pulau Tioman, iaitu Gunung Nenek Semuku. Seterusnya, Kampung Salang dan Kampung Air Batang, dan yang paling istimewa adalah Kampung Juara, yang mana kedudukannya menghadap ke arah Laut Cina Selatan.

Untuk pengetahuan anda, kini Pulau Tioman ditutup seketika (November hingga Januari) untuk menerima pelancong atas faktor musim tengkujuh/ monsun. Namun akan dibuka semula pada bulan Febuari 2021 ini. Dah tak lama tu! Beberapa bulan sahaja lagi, dan pasti ramai yang dah pasang niat nak ke Pulau Tioman. Sebelum tiket habis, sebaiknya buat tempahan awal. Nak mudahkan urusan anda dapatkan khidmat Abang Jago kita yang sedia membantu dan dapatkan pakej menarik yang lebih menjimatkan. Sila rujuk laman berikut untuk berhubung

Wan Pulau Tioman
0192941683 / www.wasap.my/60192941683
Website www.wanpulautioman.my
Facebook https://www.facebook.com/wanpulautioman 
Tumblr https://wanpulautioman.tumblr.com/
Instagram https://www.instagram.com/wanpulautioman/
Twitter https://twitter.com/wanpulautioman 
Youtube https://www.youtube.com/channel/wantioman
Linkedin https://www.linkedin.com/in/wan-pulau-tioman

Post a Comment

0 Comments