Pada tahun 70-an dahulu, buat mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan sekitar lembah Klang pasti masih ingat mengenai bas mini. Bas mini inilah yang menjadi pengangkutan utama untuk mereka bergerak dari satu destinasi yang lain sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Bas mini mula beroperasi pada 1975 dan menjadi pengangkutan yang terpenting di sekitar Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Kalng pada waktu itu. Tambang basnya pula pada waktu itu hanya 40 sen. Namun pada tahun 1991, tambangnya pula di naikkan kepada 50 sen dan 2 tahun kemudian tambangnya pula di naikkan kepada 60 sen.
Bas Mini 55 Meninggalkan Kenangan Manis Buat Warga Kota
Jika di tanya kepada mereka yang pernah naik bas mini ini, pasti ada bermacam memori manis yang tidak dapat di lupakan. Walaupun bas ini tidak mempunyai penghawa dingin seperti bas sekarang tetapi ia bukanlah masalah buat warga kota pada waktu itu. Malah, pada waktu itu ia sentiasa sahaja penuh dengan penumpang sampai terpaksa berhimpit-himpit di dalam bas tersebut. Kalau waktu hujan memat sangat menyeksakan. Siapa yang pernah melalui zaman itu pasti tidak akan melupakan
kenangan manis apabila naik bas tersebut. Malah, setiap warga kota yang pernah naik bas mini ini mempunyai seribu satu cerita yang tidak dapat mereka lupakan. Tiket bas pada waktu ini juga sangat
berbeza dengan masa kini. Pada waktu dahulu tiket bas mini ini merupakan sebuah kertas kecil yang akan di lubangkan apabila anda bayar tambang. Setelah hampir 20 tahun beroperasi, bas mini ini di tamatkan perkhidmatanya pada 1 Jilai 1998 dan kemudian di gantikan dengan perkhidmatan bas intrakota dan kemudian di gantikan pula dengan RapidKL sehingga ke hari ini.
Walaupun bas mini ini telah lama di tamatkan perkhidmatanya tetapi kenangan manisnya tetap terpahat dalam memori mereka yang pernah menggunakan
perkhidmatanya.
0 Comments