Bila sebut sahaja motosikal Yamaha RXZ, sudah pastlilah ramai antara kita sangat
mengenali moto lagenda yang pernah menjadi kegilaan para remaja pada suatu
masa dahulu. Malah, RXZ ini masih menjadi kegilaan ramai sehingga ke hari ini.
Terutama sekali apabila baru-baru ini menjadi viral apabila sebuah motosikal RXZ
telah di jual dengan harga RM 100,000.
Mungkin ianya nampak macam suatu perkara yang tidak logik tetapi bagi peminat
tegar RXZ harga bukanlah satu penghalang untuk mereka mendapatkan motosikal
yang menjadi idaman mereka.
RXZ Menunjukkan Si Pemakainya Seorang Yang Hensem Dan Bergaya
Walaupun Yamaha RXZ telah di hentikan pengeluaranya, tetapi sehingga ke hari ini
masih ramai lagi peminat RXZ di seluruh negara. Pada awal kemunculanya, iaitu
pada awal 80-an ia menjadi satu trend dan fenomena luar biasa bagi peminat
mtotosikal pada waktu itu.
RXZ pada waktu itu di ibaratkan seperti sebuah motosikal berkuasa besar dan
sesiapa yang memakainya menampakkan si dia seolah-olah seperti seorang yang
bergaya.
Sejarah Awal Pembuatan YAMAHA RXZ
RXZ di buat pada tahun 1980-an, pada awal pengeluaranya, hanya mengeluarkan
dua versi RXZ sahaja, iaitu RXZ 100 dan RX-Z 135. Tetapi RXZ 100 hanya untuk
pasaran di Mexico sahaja dan tidak di keluarkan untuk pasaran Malaysia.
RX-Z 135 telah diperkenalkan pada masa itu dengan transmisi 5-kelajuan, kotak
speedometer dan paip ekzos lurus tanpa ruang resonans. Walaupun, design RXZ
telah dicipta lebih dari 20 tahun yang lalu, tetapi ia masih relevan dalam persekitaran
motosikal hari ini dan masih mendapat permintaan dalam kalangan pencinta dua
roda di negara kita.
Apa yang menariknya, walaupun reka bentuknya adalah reka bentuk yang lama
tetapi ia masih segar dan menakjubkan sehingga ke hari ini. Diberi kuasa 135 cc
dengan enjin kelas 2-lejang menjadikannya sebuah motosikal yang sangat
menakutkan dan nampak sangat di atas jalan raya.
Pada tahun 1985, orang-orang yang membeli RX-Z 135 dikatakan mempunyai gaya
hidup yang menyeronokkan, macho dan mempunyai personaliti yang berani.
Namun begitu, pada tahun 2011, pihak YAMAHA telah membuat keputusan untuk
menghentikan pengeluaran RXZ ini. Ianya satu berita yang amat menyedihkan buat
penggemar motosikal RXZ.
RXZ Meninggalkan Kenangan Yang Terindah Buat Peminat Motosikal
Walaupun pengeluaran RXZ telah di tamatkan tetapi admin percaya, buat peminat
RXZ pasti tidak akan melupakan kenangan manis bersama RXZ anda. Terutama
sekali sewaktu zaman kegemilangan RXZ suatu ketika dahulu.
RXZ bukan sahaja sebuah motosikal lagenda buat kita semua tetapi juga ia adalah
sebuah memori yang cukup indah buat kita semua. Admin yakin siapa yang melalui
zaman kegemilangan bersama RXZ sudah pastinya ia satu memori yang sukar di
lupakan.
Pada waktu inilah, masing-masing akan berkonvoi dengan jentera RXZ kesayangan
masing-masing. Konvoi beramai-ramai dan menjelajah hampir ke seluruh pelusuk
negara kita. Kenangan itulah lebih mahal harganya berbanding dengan nilai RXZ.
Tidak hairanlah, RXZ masih mampu bertahan sehingga ke hari ini dan masih
mendapat permintaan yang tinggi walaupun hanya sebuah motosikal RXZ yang
terpakai.
Malah, sehingga ke hari ini, masih banyak kelab-kelab motosikal RXZ yang wujud
dalam negara kita pada masa kini dan mereka kini masih aktif dan masih
menyimpan motosikan RXZ kesayangan mereka sehingga ke hari ini.
0 Comments