Rawatan Bekam Terapi Terbaik Sepanjang Zaman

Bekam adalah salah satu amalan sunnah yang sering dilakukan oleh Rasullullah SAW. Ia adalah salah satu cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan supaya keihatanya berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan terbaik. Justeru itu, tidak hairanlah jika kita sangat di galakkan untuk mengalmalkan bekam di dalam kehidupan kita. Ia supaya diri kita juga berada dalam keadaan yang sihat dan dapat melakukan ibadah tanpa sebarang gangguan.

Ada Beberapa Kelebihan Jika Kita Mengamalkan Bekam Darah

Justeru itu, tidak hairanlah semakin hari kepentingan berbekam semakin tinggi dalam kalangan masyarakat islam di negara kita. Ini kerana, berbekam mempunyai banyak kelebihan buat kesihatan kita. Antara kelebihanya ialah:

1- Melancarkan Aliran Darah

Ini adalah kelebihan utama apabila anda berbekam darah. Ini kerana, bekam darah akan mengeluarkan darah kotor dari badan kita. Ia sekali gus dapat mengelakkan kita dari terkena penyakit dan dalam pada masa yang sama dapat melancarkan aliran darah di dalam badan kita.

2- Mengurangkan Penyakit Sendi Yang Kronik

Bekam darah juga sebenarnya dapat mengurangkan penyakit sendi yang kronik. Bukan itu sahaja, bagi yang menghidapi masaah gout atau darah beku atau apa sahaja penyakit sendi, juga sangat di galakkan untuk melakukan bekam darah. Sebabnya, melalui berbekam ini ia dapat mengeluarkan toksik dan asid yang berada di dalam badan kita yang mungkin menyebabkan kita menghidapi pelbagai penyakit.

3- Menyihatkan Tubuh Badan

Jika kita mengamalkan berbekam dengan lebih kerap tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan kita dapat terhindar dari penyakit kronik. Bukan itu sahaja, apabila badan kita sihat, secara tidak langsung mental kita juga akan menjadi lebih sihat.

4- Mengurangkan Stress

Dengan berbekam darah ia juga salah satu cara untuk kita mengurangkan stress dan tekanan. Mana tidaknya, apabila badan kita sihat, ia secara tidak langsung kita dapat mengurangkan stress terutama sekali stress dengan kerja kita. Jadi, kalau stress cuba amalkan bekam dengan kerap.

5- Merawat Masalah Kulit

Bekam juga sangat bagus untuk kulit kita yang bermasalah. Ini kerana, ia dapat merawat masalah kulit yang kronik. Ini kerana, ia dapat mengeluarkan darah kotor dan sel-sel mati yang menjadi punca masalah kulit yang rosak.

Apa Kata Mereka Yang Pernah Melakukan Bekam Darah

Dalam membuat bekam darah ini, ada juga yang takut untuk melakukan bekam kerana mungkin takut dengan jarum atau stigma sesetengah dari kita yang menyatakan bekam ini sangat menyakitkan. Sebenarnya, bekam ini tidak seperti itu. Ia tidaklah sangat menyaktkan malah ramai yang sudah memberikan feedback yang baik mengenai bekam ini. Antara feedback mereka ialah:

"Bekam Muka ade parut lebam lepas buat, aku buat bekam ni
sebab masa tu muka breakout teruk campur resdung. Hasilnya, da tak bersin,
jerawat dah kurang dan baik da sekarang finally, tapi kena jaga rutin skincare la ye."

"Bekam Badan ade lebam sikit macam biasa, lenguh dah makin hilang,
fuhh, ini best badan rasa ringan, ringan means itu korang kena rasa sendiri, hee.
Bekam badan ni ada sekali bekam kepala tau, sakit kepala pun dah tak macam dulu,
alhamdulillah kalau tak asyik spare ubat je dalam beg."

Tekan link dibawah untuk tempahan
www.wasap.my/60182093004

Post a Comment

0 Comments