DAY TRIP KE PULAU MERSING DENGAN HARGA MURAH

 Pulau Mersing @ Mersing Island, salah satu pulau yang menarik di Negeri Johor. Mersing memang terkenal dengan kepulauan yang cantik untuk dikunjungi. Bercuti di pulau memang best selain menikmati  keindahan pantai yang cantik, boleh buat pelbagai aktiviti dan for sure lah tak membosankan walaupun berada di pulau. Apa yang boleh dibuat di pulau seperti snorkeling, memancing, island hoping, hiking dan sebagainya.


Paling best dapat menikmati pemandangan indah pantai tu. Bangun-bangun tidur menikmati permandangan pantai sesuatu yang sangat mahal. Siapa yang tak suka pantai kan. Fiza suka sangat tapi agak aquaphobia. Tapi teringin nak pergi bercuti ke pulau. Apa pasal lah semua pulau jauh-jauh. Salah satu pulau yang Fiza nak pergi adalah kepulauan Mersing. Tak dapat bercuti lama dapat day trip ke Pulau Mersing pun jadilah. Dapat juga tenangkan fikiran menikmati alam semulajadi dan close to nature.

Well, Fiza kongsikan satu pakej day trip ke Pulau Mersing, Johor kalau ada yang berminat untuk rasakan pengalaman pengembaraan pulau ke pulau dalam masa satu hari dengan pelbagai aktiviti.

1. Snorkeling 5 pulau
- Sribuat Island
- Raja Island
- Hujung Island
- Tengah Island
- Besar Island
2. Simple lunch
3. Snack and water drink
4. Round island
- Harimau Island
- Mensirip Island
- Gual Island
- Rawa Island
5. Snorkeling equipment


Serius lah pulau di Mersing ni semua cantik-cantik. Seronok lah korang dapat snorkeling dan hiking tu. Satu kepuasan! Bila lah agaknya nak sampai sini. Sebagai seorang bangsa Johor rasa terpanggil nak jejak kaki ke sini. Tak dapat lama, dapat buat day trip pun okeylah kan. Boleh siap siap masuk dalam wishlist.

Untuk pertanyaan dan tempahan pakej, hubungi :
019-2941683





Post a Comment

0 Comments