Dulu Berniaga "tepi jalan" Kini Memiliki Kedai Sparepart Motorsikal | Wan Hakim Resources

 Yang secupak takkan jadi segantang

Untuk membina perniagaan bukanlah satu perkara mudah. Hakikatnya, tidak mahu mencuba atau berani menempuh cabaran, belum pasti kejayaan akan dikecapi.

Berikut adalah kisah inspirasi dan tip daripada usahawan tempatan yang wajar dijadikan contoh buat anda yang mula mahu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Wan Hakim, 31, adalah pegusaha Wan Hakim Resources yang memulakan perniagaan alat ganti sparepart motorsikal sekitar tahun 2018 secara kecil-kecilan dari rumah di Pantai Dalam Kuala Lumpur.

Kemudian, beliau mula menyewa 1 unit kedai di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam pada 2019 setahun kemudian selepas mendapati permintaan alat ganti tersebut meningkat naik.




Sebelum beliau mula fokus perniagaan alat ganti motorsikal, seawal tahun 2013 pelbagai perniagaan yang telah beliau ceburi antaranya menjual produk Anugerah di tapak pasar tani Jalan Pantai Permai,  sabun pencuci pakaian, pisau pemotong dan jersi.





Kemudian, pada tahun 2014 beliau ditawarkan bekerja sebagai penjaga parking di sebuat syarikat di Petaling Jaya dan dalam masa yang sama selepas pulang dari kerja beliau membawa teksi di sebelah malam.


Kami mendoakan semoga perniagaan Encik Wan Hakim terus maju kehadapan
Boleh juga follow beliau di Facebook dan Instagram

Facebook Wan Hakim 

Instagram Wan Hakim


Lokasi kedai Wan Hakim Resources 


(Klik link dibawah)
https://goo.gl/maps/bAHzTjF46L3CgRSu7

Post a Comment

1 Comments