HONDA EX5 LAGENDA KAPCAI YANG MENJADI PILIHAN SEHINGGA KE HARI INI

Honda Ex5 bukanlah satu nama yang asing bagi rakyat Malaysia. Ia menjadi salah satu lagenda motor kapcai di negara kita.

Motor EX5 sering kali mendapat permintaan yang tinggi sehingga ke hari ini. Ia di minati oleh semua orang tanpa mengira usia dan juga jantina. Disebabkan itulah, Honda Ex5 ini menjadi salah satu model motor yang “Panas” sehingga ianya sering menjadi sasaran pencuri motor.

Sejarah Honda EX5 Di Negara Kita

Tapi dari mana asal usul Honda EX5 ini dan kenapa ia menjadi antara motor yang “Panas” di pasaran? Ini Jawapanya.

Honda EX5 mula dilancarkan di negara kita pada tahun 1987. Di Malaysia Honda EX5 telah diedarkan oleh Boon Siew Honda. Semenjak pengeluaranya pada kali pertama, ia terus mandapat sambutan yang cukup hangat dan sentiasa sahaja laris.

EX5 telah dibangunkan dengan rekaan yang telah diterima oleh orang ramai, dan digabungkan dengan enjin yang kekar serta tahan lasak. Justeru itu, ia bukan suatu yang mengejutkan jika Honda EX5 ini menjadi rebutan ramai orang Malaysia dalam sekelip mata. Sehingga ke hari ini, ianya adalah salah satu model motor yang menjadi rebutan kebanyakkan orang.

Honda EX5 Telah Berjaya Terjual Sebanyak 2 Juta Unit

Apa yang lebih menarik, semenjak keluaranya pada tahun 1987 sehingga pada keluaran yang terakhir, Honda EX5 telah terjual sebanyak 2 juta unit. Bukan itu sahaja, disebabkan permintaan yang sangat membrangsangkan dan permintaan yang tinggi Honda Malaysia mengeluarkan Honda EX5 keluaran terbaru iaitu Honda EX5 110.

Model EX5 yang terbaru ini dei datangkan dengan enjin 110cc yang patuh piawaian Euro2, dengan 11% lebih kuasa. Apa yang lebih menarik, model terbaru ini di datangkan dengan kecekapan bahan api yang lebih baik daripada model sebelum ini. Bukan itu sahaja, model terbaru ini juga di datangkan dengan tangki bahan api yang lebih besar, tayar yang lebih lebar, pelana yang direka baru, dan pakej suspensi yang diperingkatkan. Dengan ciri-ciri yang terdapat pada model terbaru ia dapat membuatkan EX5 ini terus menjadi pilihan ramai.

Terima kasih kerana membaca artikel ini.
Kredit foto: www.bikesrepublic.com

Post a Comment

0 Comments