Pulau Mersing @ Mersing Island adalah tempat pelancongan yang kini menjadi tumpuan dan semakin popular kerana air laut yang biru seperti di Maldives dan kawasan yang sangat indah dan pakej kebanyakkan berbaloi serta sesuai dengan harga espicially untuk mereka yang tak mahu stay di pulau.
Pakej kali ini aku pergi hanya daytrip sebab cuti tak panjang so saja nak hilangkan bosan dekat rumah. Aku plan dengan suami dan ambil pakej daripada saudara Wan Pulau Tioman sebab sebelum ini aku pernah ambil pakej dengan dia untuk menginap di Pulau Tioman. Senang berurusan dan layanan sangat baik. Kalau korang tengok customer yang review dia pun sangat cemerlang sekali.
Ini pakej mersing island hopping day trip yang ditawarkan:
Ada beberapa cara untuk ke sini:
1. Kereta
Korang boleh datang ke Mersing dengan menaiki kereta. Mersing kawasan tidak sesak namum begitu sekiranya anda datang dari luar johor saya sarankan untuk anda menginap kerana laluan untuk sampai ke Mersing adalah jauh (daerah pendalaman), laluannya berliku serta sukar untuk laju.
Disamping itu, anda semua perlu menyediakan duit bayaran tempat letak kereta iaitu sehali RM15 untuk sebuah kereta.
Korang boleh tekan link ini untuk tiba di jetty mersing Mersing Jetty
2. Bas
Korang boleh mengguakan perkhidmatan bas. Bas sangat sesuai kerana jimat dari segi bayaran parking serta balik dari penat snorkeling anda boleh tidur dalam bas kerana perjalanan cukup untuk anda rehat. Cuma korang kena bijak mengatur masa supaya tidak ketinggalan bot. Harga tiket bas dalam lingkungan RM50.00 kebawah bagi seorang dewasa bergantung jenis atau syarikat bas yang anda tempah.
1. Baju gantian selepas aktiviti laut
2. Sabun mandi
3. Makanan atas bot
4. Roti untuk bagi makan ikan
5. Ubat / pil mabuk dan minyak angin
6. Pakaian solat
Korang boleh juga lihat review yang diberikan daripada customer yang sudah ambil pakej bersama abang Wan Pulau Tioman ni.
So, itu sahaja tips dari aku dan harap dapat membantu korang semua yang ingin percutian yang singkat dan seronok.
0 Comments