Wanita Ini Kongsi Cara Daytrip Ke Pulau Mersing Yang Cantiknya Serupa Pulau Maldives

Berangan nak jejak pulau Maldives, tempat glamour yang Hanis Zalikha dan Hairul Azreen pernah sampai tu. Tapi kos cuma mampu jalan-jalan dalam Malaysia je. Janganlah rasa Malaysia ni tak best, sebab dekat Kepulauan Mersing, Johor pun cantiknya macam dekat Maldives.

Seronok tengok percutian yang dikongsi Murniza dengan rakan-rakannya ini. Itu percutian day trip menjelajah beberapa buah pulau yang ada di sekitar Pulau Mersing.

TRIP DAYTRIP KE PULAU MERSING JOHOR

Perjalanannya bermula dari Terminal Bersepadu Selatan (Kuala Lumpur) - Mersing. Sekitar 1130mlm  menaiki bas Transnasional. Tiket bas dari TBS-Mersing adalah RM38.20. Tiba di Terminal bas Mersing sekitar 5.30pagi. Pakcik bas akan turunkan dekat tepi jalan.

Tapi jangan risau, kawasan jeti dekat kawasan situ juga. Nanti anda perlu jalan kaki dalam 10 minit gitu je. "Kami berjalan dan melepak di kedai mamak sementara tunggu pagi."

Untuk pengetahuan, kawasan pekan Mersing ini sangat mudah diakses. Jeti, terminal bas, hotel, restoran, dobi, semuanya dekat.

Jadi tak perlu risau. Terutama untuk siapa-siapa yang terlintas nak pergi tapi tak berapa berani.

Panduan yang dikongsikan Murniza ini cukup-cukup membantu untuk anda menikmati perjalanan adventure percutian yang indah dan menenangkan.

SEBAIK SAMPAI JETI

Sampai jeti, breakfast sampai tunggu boatman dengan planner pakej yang kami guna. Kami ambil pakej daripada Encik Wan Pulau Tioman (info lanjut ada dalam posting Murniza). Mereka ambil pakej daytrip pulau mersing dengan kos RM170 per pax

Sekitar jam 9.30 pagi kami naik boat dan menuju ke destinasi iaitu Pulau Sibu, Pulau Lima Besar dan Lima Kecil. Kami juga membuat hiking di Pulau Sibu Kukus, Gua dan Pulau Tinggi.

Setelah puas meronda, kumpulan ini menikmati makan tengahari di Pulau Sibu Kukus. Snek dan air mineral untuk dimakan di atas bot.

Air di Mersing berombak agak kuat jadi pastikan jaket keselamatan dipakai siap-siap sebelum bot berjalan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

BALIK SEMULA KE JETI MERSING

Pukul 6 petang, kumpulan kami balik ke jeti Mersing. Berehat di kedai mamak sementara menaiki bas pulang ke Kuala Lumpur. Makan di kedai mamak Syed Ali (jalan sulaiman) dan naik bas ke Kuala Lumpur pukul 8 malam. Total perjalanan saya untuk jelajah day trip ke Kepulauan Mersing tambah tolak RM250.

Semoga panduan dan info yang dikongsikan oleh Murniza ini membantu anda yang berhasrat mahu day trip Pulau Mersing.

Details pakej adalah seperti dibawah




Tak rugi datang ke tempat ini, cantik pemandangannya memang menarik, air lautnya jernig membiru. Ini pun boleh masuk dalam senarai destinasi percutian bebas stress.

Sumbee/Foto: Murniza

Post a Comment

0 Comments