Tentang Saya


Siapa admin orangpantaidalam.com ni?? Ini persoalan yang seringkali pembaca 
website orangpantaidalam.com tanya. Jadi, untuk entry kali ini, admin nak perkenalkan siapa admin blog orang pantai dalam. 

Nama sandaran admin adalah Abang K. Admin berusia akhir 30an dan berasal dari Pantai Dalam bawah (dekat KTM). Tujuan admin membina page fb dan blog Orang Pantai Dalam untuk berkongsi maklumat dan informasi maklumat seperti berita dan isu semasa serta perniagaan dan pengiklanan 

Bukan itu sahaja, admin juga menubuhkan page dan blog orang pantai dalam ini adalah untuk memperkenalkan Pantai Dalam dan dalam pada masa yang sama memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang di tawarkan oleh orang Pantai Dalam kepada orang luar supaya dapat meningkatkan ekonomi orang Pantai Dalam.

Admin Mempunyai Minat Yang Mendalam Dalam Bidang Penulisan

Selain itu, abang K juga sebenarnya mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang penulisan. Jadi, blog inilah menjadi tempat untuk saya mengasah bakat saya di samping memperkenalkan Pantai Dalam dan menceritakan segala aktiviti yang di adakan di Pantai Dalam kepada orang lain. Sekali gus, dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat. 

Bukan itu sahaja, saya juga gemar berkongsi tips dan berita yang bermanfaat kepada orang lain. Ia supaya dapat memberi manfaat dan dalam pada masa yang sama blog yang saya bina ini dapat di jadikan sebagai rujukan dan panduan yang berguna buat para pembaca. 

Justeru itu, saya memerlukan support dan sokongan dari penduduk sekitar Pantai Dalam supaya kita dapat bersama-sama memperkenalkan Pantai Dalam dan dalam pada masa yang sama saya perlukan anda untuk memberi sokongan kepada blog saya supaya blog saya ini mampu bersaing seperti blog-blog yang lain. Jika anda memerlukan servis periklanan pada harga yang berpatutan, dan mahu mengiklakan produk dan perkhidmatan anda kepada orang lain, anda boleh terus pm admin di page orang pantai dalam.

Post a Comment

0 Comments